>

Rabu, 16 Julai 2014

Terkini Gaza : Malaysia Hantar 5 Doktor Pakar ke Gaza



Aman Palestin hantar 5 doktor pakar ke Gaza.

Terima kasih atas sumbangan daripada rakyat Malaysia.
5 Doktor Pakar yang akan sertai Misi Perubatan AP ke Gaza

Aman Palestin dengan kerjasama I-Medik Malaysia akan menghantar 5 orang doktor pakar ke Gaza bagi memberikan perkhidmatan perubatan kepada para mangsa perang.

Misi ini akan diketuai oleh Dr Mohamad Nor Sundari, Pakar Perunding Bedah Ortopedik di Pusat Perubatan Kuantan (KMC) yang juga merupakan Timbalan Presiden I-Medik.

Ini adalah misi ke 18 bagi Aman Palestin menghantar sukarelawan ke Gaza dan yang ke-2 untuk misi perubatan.

Menurut Ust Awang Sufian Awang Piut, CEO Aman Palestin bahawa AP telah berjaya mengumpul sejumlah RM 5 juta untuk Tabung Kecemasan Gaza dan sebanyak RM 1.6 juta telah dihantar ke Gaza untuk bantuan permulaan.

5 orang doktor pakar yang terpilih adalah :

1- Dr Mohamad Nor Sundari - Pakar Perunding Bedah Ortopedik dari Pusat Perubatan Kuantan (KMC) sebagi Ketua Misi

2- Dr Zairul Nizam Zainol Fitri - Pakar Perunding Bedah Ortopedik dari Hospital Pakar Senawang, Seremban.

3- Dr Mafeitzeral Mamat Bin Mamat - Pakar Perunding Bius (Anaesthesiologist) dari Fakulti Perubatan UiTM

4- Dr Hasbe Zuraina Abu Bakar - Pakar Bedah Bius dari Hospital Columbia, Setapak

5- Dr Kamarul al-Haq B. Abdul Ghani - Pakar Bedah Trauma dari Hospital Serdang.

Mereka dijangka akan bertolak ke Gaza melalui Kaherah pada hari Jumaat ini, 18hb Julai apabila mendapat lampu hijau daripada pihak keselamatan Mesir. Mereka dan akan berada di sana selama 10 dan pasukan ini turut disertai oleh 4 orang wartawan Malaysia dan seorang pegawai Aman Palestin Bhd.

Aman Palestin juga merancang untuk menghantar beberapa lagi misi kemanusiaan dan perubatan juga akan dihantar ke Gaza selepas hari Raya kelak.

Sama-sama kita doakan agar mereka selamat pergi dan balik serta kejayaan misi ini.



3 ulasan:

  1. semoga Allah berkati usaha mereka dan selamat segalanya...

    BalasPadam
  2. Satu tindakan yang berani. Moga-moga niat baik mereka ini mendapat lindungan Allah SWT. SOP juga perlu diperhalusi supaya tidak berlaku peristiwa malang seperti wartawan kita sebelum ini.

    BalasPadam
  3. Berjuang mana termampu.. doa keamanan muncul

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...