>

Khamis, 3 Julai 2014

Media Tidak Boleh Buat Liputan Pengislaman Felixia



MODEL pakaian muslimah, Felixia Yeap yang bakal memeluk Islam hari ini menegaskan tiada liputan media akan dibenarkan.

Menurutnya, bagi berlaku adil, tiada satu pun media yang akan dibenarkan menghadiri untuk menyaksikan pengislamannya itu.

"Kepada semua media, saya pasti untuk tidak membenarkan sesiapa pun untuk datang menyaksikan saya mengucap syahadah bagi berlaku adil kepada semua. Terima kasih kerana memahami," tulisnya di laman sosial Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Felixia juga menafikan berita yang tersebar berkenaan lokasi pengislamannya itu.

"Kepada sesiapa yang menyebarkan rumor bahawa saya mengucap di Hidayah Centre Melawati, ini Ramadan.

"Sekurang-kurangnya, jangan sebarkan pembohongan," katanya. [SUMBER - SINAR HARIAN]

Ini sangat bagus sebab saya rasa media tidak patut campur tangan sebab khuatir ia menimbulkan cakap-cakap, fitnah dan juga pembohongan semata. 

5 ulasan:

  1. bagus jugak..nanti mengganggu pulak dah ramai-ramai tu.apa-apa pun, kita ucapkan Alhamdulillah dan tahniah untuk felixia

    BalasPadam
  2. jadi kelakar la plak isu nih. aduhai..

    BalasPadam
  3. Sian Rania Felixia Yeap, jadik mangsa buruan media. Jadi berita sensasi kot. Btw ramai non-muslim tengok felixia masuk islam, masing2 pun ke arah tu. Insya-Allah.

    BalasPadam
  4. Tambah satu lagi hamba yang beriman kpd Allah.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..semoga penghijrahan ni akan terus berkekalan dan akan menjadi contoh yang baik pada mereka yang lain...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...