>

Khamis, 3 Julai 2014

Kelahiran Semula Felixia Yeap

Felixia Yeap akan mengucapkan dua kalimah syahadah di hari kelahiran beliau pada tangal hari ini, 03 Julai 2014. Dengan itu, bermulalah lembaran baru bagi Felixia Yeap berada di dalam agama Islam. 

“Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana. Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu,” - Tulis Felixia Yeap di blognya.




Maka dengan itu, sukalah "ostad-ostad" media sosial, facebook, twitter dan pasti akan ada yang mahu meluahkan cinta dan memperisterikan Felixia Yeap. 

Untuk pengetahuan, Felixia Yeap juga menulis di blognya bahawa dia akan menggunakan namanya yang asal iaitu Felixia Yeap dan akan menambah nama daripada ilham mimpinya. beliau menggunakan nama Rania sebagai memenuhi ilhamnya dari mimpi. 

Ilham dari mimpi, yang mana ia mungkin ilham daripada Allah kepada seorang hamba-Nya yang ingin menjadi Islam sebenar. Maka, benarlah bahawa, jangan lihat pada ummat Islam kerana Ummat Islam banyak tidak sempurnanya, maka lihatlah pada Islam, nescaya ia bakal melunturkan hati yang keras, hati sesiapa sahaja untuk menganutinya. 

Semoga istiqomah Felixia Yeap. Awak di hati saya..cewahhhh

4 ulasan:

  1. Cehh..rupanye awak pun nak. Haha. Felixia sy dah cop utk abg sy. Mohon jeles k. :p

    BalasPadam
  2. Hehe..Alhamdulillah...semoga menjadi contoh kepada mereka yang lain...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...