>

Khamis, 10 Julai 2014

Bergambar di Masjidil Haram Perbuatan Tak Boleh Diterima

Ulama terkemuka dunia iaitu Sheikh Saleh al-Fozan dalam kenyataannya menegaskan bahawa bergambar di masjidil Haram adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima. Sheikh berkata lagi, mereka yang berbuat demikian seharusnya berhenti daripada terus melakukannya.



Menurut Sheikh lagi, ramai jemaah yang masuk ke dalam masjidil Haram, dengan membawa kamera untuk ambil gambar mereka sedangkan berada di Tanah Haram adalah dengan tujuan untuk beribadat. 

Tambah Sheikh lagi, pihak berkuasa perlu merampas dan memusnahkan kamera itu dari memasuki Masjidil Haram kerana perbuatan mengambil gambar sangat menganggu Ibadat jemaah lain. SUmber berkata, bawa kamera ke masjid tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran rasmi. 

Saya sangat sokong pendapat Sheikh. Pergi untuk beribadah, bukan untuk beronok-ronok mengambil gambar. Ada di rumah Allah, maka ambillah peluang untuk beribadah dan tinggalkan duniawi sebentar. 


Doakan para pejuang Mujahideen, al-Qassam, dan semua para pejuang Islam di seluruh dunia, di Syria, di Rohingya, di Afghanistan, di Iraq agar dapat menewaskan musuh mereka. In shaa Allah 

6 ulasan:

  1. masa saya gi umrah hari tu,ambil jugak gambar sikit sebagai kenangan.sebab tak tau bila boleh datang lagi.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. @Ismi Anaeh siapa kata hukumnya haram ? hmm ..ayat mana satu ni mengatakan hukumnya haram ?

    BalasPadam
  4. Opss..maaf. Salah bace. Banyak sangat perkataan haram. Soriii T_T

    BalasPadam
  5. Nak datang ke sana memang sangat diidamkan oleh semua orang Islam. Dengan kos yang tinggi rasanya ramai yang nak ambil gambar sebagai kenang-kenangan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...