>

Jumaat, 6 Jun 2014

Kisah Dajjal Yang Begitu Menghampiri

Salam Sayyidul Aiyam, Salam Jumaat yang penuh dengan Baraqah, yang penuh dengan ganjaran pahala. Lakukan sunnah-sunnah baginda Rasulullah SAW seperti memakai jubah, berserban, wangi-wangian, memakai rida di bahu, berwudu' sebelum ke masjid dan banyak lagi Sunnah-Sunnah baginda Rasulullah. 




Ketahuilah kita bahawa, saat ini, kita berada di akhir zaman. Zaman ini yang di namakan zaman khilaf, zaman fitnah, zaman di mana ummat Islam akhir zaman begitu lemah dalam mengamalkan agama Islam. Zaman di mana berlakunya pelbagai kemusnahan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam sejak dahulu. Allahu Rabbi..begitu dahsyat sekali ambang kiamat yang terjadi tetapi ummat tidak mengendahkannya, tidak mahu mengambil tahu akan kedahsyatannya. 

Sehingga suatu masa, tiada lagi kalimah Tauhid, kalimah syahadah, kalimah Lailahaillallah kedengaran, maka keluarnya Dajjal yang digambarkan sebagai perosak manusia akhir zaman. Dajjal akan keluar apabila dia sudah berjaya menguasai minda ummat Islam dengan dakyah-dakyah yang merosakkan seperti hiburan melampau, teknologi dan sebagainya. Ketahuilah, Iluminati itu adalah agen kepada Dajjal. 

Semua sedar, bahawa akan muncul seorang Pembimbing Ke Jalan Yang Benar atau Mahdi. al-Mahdi bermaksud Pembimbing Ke Jalan Yang Benar, yang akan membimbing manusia seluruh alam ke arah agama Islam yang sebenar. Beliau yang bernama, Muhammad Bin Abdullah al-Mahdi akan muncul, mungkin telah muncul cuma tiada sesiapa yang mengetahuinya, sehinggakan dirinya sendiri tidak mengetahui bahawa  dialah al-Mahdi. 

Rasulullah pernah bersabda di mana, baginda menggambarkan imam al-Mahdi sebagai keturunannya, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Dan dia akan memenuhi bumi ini dengan keamanan dan kemakmuran. 

Imam al-mahdi akan menjadi seorang penyelamat kepada bangsa dan ummat Islam semuanya. Mengangkat Sunnah Baginda Rasulullah. Ikuti apa yang di katakan oleh Syeikh Zainul Asri mengenai Islam Akhir Zaman : 


4 ulasan:

  1. MasyaAllah...dunia semakin hampir ke penghujungnya...terima kasih peringatan ini

    BalasPadam
  2. Ya Allah..jauhilah kami dari fitnah dajjal. :'(

    BalasPadam
  3. Tanda kiamat besar ni ... doa ditetapkan iman

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...