>

Selasa, 1 April 2014

Sedih Malaysia, Pedih Mesir - Jawapan ?

Tinggal lagi lebih kurang beberapa hari untuk mencari kotak hitam. Masih lagi belum dijumpai. Apabila negara berada di dalam kekusutan, media antarabangsa melakukan fitnah terhadap kita. Senang untuk mereka menjatuhkan Malaysia dengan berita yang tidak sahih. Senang juga rakyat negara lain mempercayai bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mudah dipermainkan. Risau rakyat Malaysia jikalau akan ada kemasukan daripada entiti luar untuk mentadbir Malaysia, merampas takhta dan membuat onar di kemudiannya. 



Saat keluarga mangsa MH370 berduka, berita yang tidak sahih akan kematian semua penumpang hangat diperkatakan. Padahal semuanya masih samar-samar, tiada bukti, tiada apa-apa. Bolehkah kita mengucapkan takziah dan membuat solat ghaib keatas mangsa ? Kata-kata Tuan Guru Hassan Din al-Hafiz berhubung tragedi MH370 :

"Selagi mana tidak menjumpai seseorang itu sudah mati, jangan ucapkan takziah jangan pula mmebuat solat ghaib" - TG Hassan Din Al-Hafiz

Berita yang kita perolehi tidak mencukupi. Tiada kesahihan bahawa mangsa telah mati. Apakah hak kita untuk mengadili ? Sedangkan keluarga mangsa lagi bersedih, kita yang tiada ikatan, mengadili mereka dengan penuh perasaan ? Manusia sifatnya mudah kasihan, tetapi kasihan itu ada batasnya. 

Dalam pada itu, isu Mesir hangat diperkatakan. Wilayah bergolak di Mesir semakin tiada noktah. Setiap hari dihujani peluru, setiap hari dilimpahi darah-darah mujahidin, mujahidah, kanak-kanak, orang tua dan wanita-wanita tidak berdosa. Yahudi bagai tiada perasaan. Masuk ke negara orang tanpa ada hala tujuan. Tetapi niat mereka telah kita ketahui adalah satu, untuk menggulingkan kerajaan-kerajaan Islam yang beteraskan Ulama' Siratul Anbiya. Sedar atau tidak, golongan Islam jahil (bodoh) menjadi pendinding kepada golongan Yahudi untuk menjatuhkan Islam. 

Tertulis di dalam surah as-Saff ayat 8 yang berbunyi :

"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membenci" [As-Saff : 8]

Presiden Dr.Morsi adalah seorang yang berpegang teguh dengan Islam
sebenar. Membawa panji-panji Islam dengan kalimah
Lailahaillallah walau berada di dalam pergolakan.
Akhirnya, Yahudi ingin menjatuhkan beliau seakan-akan beliau adalah
Presiden yang korup dan tiada apa-apa. 


Dr.Morsi, Presiden Mesir, merupakan orang kuat dalam mempertahankan ajaran dan kalimah Lailahaillallah. Berpegang teguh dengan budi para anbiya. Membawa ajaran para Nabi dan auliya' akhirnya digulingkan dalam kerajaan sendiri. Yahudi bertopengkan kaum Islam JAHIL yang tidak mengetahui tidak mengerti apakah maksud Islam sebenar. Apakah mereka tidak mengetahui bahawa hiburan yang dibentang di hadapan mereka adalah tiket untuk mereka untuk menerima kemurkaan Allah ? Adakah para muslimin yang mengaku diri mereka Islam, tetapi pada dasarnya hati mereka keras untuk menerima apakah sebenarnya Islam ? Tepuklah dada, tanyalah iman..

Barakallahu fikum

5 ulasan:

  1. ini memang isu serius..memang patut kita risau dibuatnya

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO

    BalasPadam
  2. hanya Allah Maha Mengetahui disebalik segala kejadian :'(

    BalasPadam
  3. sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka. amin...

    BalasPadam
  4. hanya doa dari jauh mampu hadirkan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...